Thursday, July 22

Pantang Larang Selepas Makan


Korang semua jangan tak tahu, melakukan sesuatu atau makan sesuatu selepas makan tengah hari atau malam, akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda, Tindakbalas ini akan mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Haa sekarang dah tahu lah kan?


Okey meh kite korek rahsie kenape dan sebab ape =)

  1. Jangan merokok. Kajian mendapati menghisap sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok. ( huh..banyak kan )
  2. Jangan minum teh. Daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.
  3. Jangan mandi. Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.
  4. Jangan tidur. Makanan yang anda ambil tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda. ( haha..terase aku )
  5. Jangan makan buah-buahan. Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara *kembung*. Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan. ( erm..tak tahu pun b4 nie..hee )
  6. Jangan longgarkan tali pinggang. Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat. ( kalau yg tak pakai tali pinggang tue macam mane pulak ea?? )
  7. Jangan berjalan-jalan. Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyababkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrusi daripada makanan yang anda telah telan. ( huh, selame nie, lepas makan aku suke jalan2 sebab konon2 nye boley bakar lemak..tp tidak rupenye..wahaha )

No comments:

Post a Comment