Sunday, February 6

Korban Selepas Luahkan Cinta


Cinta memang indah dan sangat mengasyikkan. Baik lelaki mahu wanita tidak mahu melepaskan momen-momen indah percintaan ini dalam hidup mereka. Namun ada perkara yang jarus anda korbankan apabila bercinta. Jom kite tgk ape perkara tersebut. =)

1. Indentiti Diri
Bercinta bermakna anda memilih untuk berkongsi segala-galanya termasuk hobi, makanan dan lain-lain perkara. Ia sesuatu yang cukup indah dan menarik kerana anda tahu ada orang yang menyayangi anda dan ada mencintainya. 

2. Masa
Setiap lelaki perlukan wanita untuk mengisi ruang hati dan meniti hari-hari bahagia mereka. Ia sebuah ikatan yang memerlukan komitmen yang jitu jika anda memilih untuk berumah tanggan atau bercinta. Secara automatiknya apabila anda memilih ini, anda akan kehilangan ruang masa untuk diri sendiri. Inilah harga yang harus anda bayar untuk bercinta.

3. Perancangan
Anda mungkin sudah merancang sesuatu untuk hidup anda. Namun apabila anda memilih bercinta, rancangan tersebut mungkin tidak disukai oleh pasangan dan si dia mungkin membantah. Dalam hal ini anda perlu berkomproni agar perancangan anda menjadi.

4. Pandangan
Ramai pihak berpendapat, lelaki sangat tepat dalam membuat keputusan atau pandangan. Namun ia tidak boleh dibuktikan jika anda tidak begitu setia kepada pasangan. Bersikap jujurlah kepada pasangan meskipun ada kalanya anda tidak suka kepada hobinya yang suka bersenggang di pusat membeli-belah yakni suatu perkara yang membosankan lelaki.

5. Kewangan 
Bila anda memilih untuk bercinta, bermakna anda harus berkongsi segala-galnya termasuk soal kewangan. Jangan dia hanya saja yang membayar setiap kali anda keluar sebaliknya anda juga harus berbuat demikian tambahan pula anda seorang lelaki. Jangan pula merungut atau mengatakan ia membazir kerana secara umumnya lelaki mesti bertanggungjawab menyediakan segalanya-galanya kerana mereka dilahirkan sebagai pemimpin. Suka atau tidak, andalah yang bertanggungjawab dalam soal kewangan bila mendirikan rumah tangga kelak.

6. Kebebasan Masa Untuk Keluar 
Bila anda memikirkan untuk serius bersama seorang wanita, bermakna anda tidak boleh bebas seperti dahulu. Kebebasan anda akan tersekat untuk membuktikan kesetiaan dan memperoleh kepercayaan daripada si dia.

7. Memanjakan Diri Sendiri
Anda bebas berbuat apa saja selagi anda tidak berpunya. Ini termasuklah untuk merokok, berbelanja atau sebagainya. Namun apabila anda mempunyai pasangan, apa yang anda nikmati itu mungkin akan tersekat dan disekat. Anda mungkin dimarahi jika anda berbuat sesuatu yang tidak disukai dan menyakiti hatinya.

8. Imej 
Orang lelaki selalu mengambil mudah soal penampilan dan penjagaan diri namun hal ini terkecuali bagi lelaki yang sering ingin tampil maskulin. Lelaki ini akan menjaga penampilan dari hujung rambut hingga kaki. Namun kalau anda sudah memelih seorang gadis, dia tentu saha memerhatikan penampilan anda dan mahu anda mengikut caranya. Akibatnya, apa yang anda suka dari segi berpakaian, mungkin tidak disukai olehnya.

9. Masa Hujung Minggu
Bag orang bujang, hujung minggu adalah masa untuk membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya setelah penat bekerja. Namun kalau anda punya kekasih hati, hujung minggu adalah hari bertemu kekasih dan anda akan kehilangan masa untuk bersantai dan berehati di rumah.

10. Kawan-kawan Perempuan
Satu perkara yang sering diharapkan oleh lelaki ialah kekasih mereka dapat menerima kawan-kawan perempuan mereka. Namun hal ini sering tidak menjadi kenyataan kerana ramai teman wanita berasa cemburu jika anda bertepuk tampar dengan kawan wanita meskipun hal itu biasa bagi anda. ( opsss, bukan wanita saje ye, lelaki pun ade jugak kan yg macam tu..betul tak?? )

No comments:

Post a Comment